Secawan teh tarik bersama Steven Sim

Oleh IZMIL AMRI

“Nak jadi menteri, tak boleh belajar di sekolah,” kata Steven Sim Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang masih belum hilang terkejut dengan semua yang berlaku sejak 9 Mei lalu. Setelah duduk bersembang panjang di Parlimen, saya keluarkan telefon dan mula merakam perbualan selanjutnya. Teringin juga mahu tahu apa perasaannya setelah dilantik sebagai menteri.

尽量不要笑 回放再看还是笑到哭

尽量不要笑 回放再看还是笑到哭

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 2, 2019

“Tak ada format atau buku teks yang mengajar kita bagaimana untuk menjadi menteri. Memang kita kena belajar sambil bekerja, tiada sesiapa dalam DAP untuk dijadikan rujukan. Kita tidak pernah ada pemimpin yang menjadi menteri,” katanya.

Pun begitu, bukanlah janggal sangat sebenarnya memandangkan DAP sudah memimpin Pulau Pinang sejak 2008. Steven pula pernah menjadi pegawai khas exco belia dan sukan pada ketika itu. Sepuluh tahun kemudian, beliau beranjak ke peringkat pusat;jadi timbalan menteri pula.

最新盡量不要笑

最新盡量不要笑

Posted by Kini YouTube on Monday, February 4, 2019

“Rupa-rupanya hebat juga kuasa jadi menteri ini,”ujarnya yang memulakan cerita bagaimana hari pertama masuk ke pejabat, beliau ada berbisik bagaimana warna pejabat itu tidak kena dengan jiwanya. Terlalu biru katanta. Dengan tidak semena-mena dua pegawai senior masuk dan bertanya kalau saya mahu ubahsuai pejabat. Perkara itu tidak terlintas di fikiran saya. Kalau ya pun, mungkin saya tukar warna dinding sahaja. Tetapi saja suka-suka untuk menguji apa sempadan perbelanjaan seperti kebiasaan sebelum ini, saya tanya beberapa peruntukan yang ada kalau saya mahu ubahsuai pejabat. Mereka sekadar senyum kambing dan hampir berbisik kepada saya bahawa tidak ada had peruntukan. Saya tergamam,” katanya ketawa besar.

為您帶來歡笑和樂趣

為您帶來歡笑和樂趣

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Mujurlah kerajaan bertukar tangan. Sekiranya ditakdirkan UMNO terus berkuasa, entah apa bala yang menimpa rakyat Malaysia dengan budaya bermewah dan berbelanja sakan.

“Saya pasti sebenarnya bukanlah langsung tidak ada had. Tetapi apa yang saya mahu tekankan ialah, keadaan inilah yang memudahkan seseorang menjadi korup dan menyalahgunakan kuasa,” tambahnya.

MAGIC TRICKS THAT YOU CAN DO TO IMPRESS GIRLS,

MAGIC TRICKS THAT YOU CAN DO TO IMPRESS GIRLS,

Posted by Kini YouTube on Monday, February 11, 2019

Menurutnya lagi, perlu ada lebih banyak sistem semak imbang diwujudkan dalam mekanisme kerajaan; termasuk cadangan penempatan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam kementerian sendiriyang melapor terus ke ibu pejabat Sprm sebagai mekanisme pemantau sepanjang masa bagi memastikan ketelusan dan integriti jabatan kerajaan terjamin. Kedua-dua beliau dan menteri KBS, Syed Saddiq sama sefikrah dalam hal ini. Pun begitu kata Steve, bukanlah bermakna penjawat awam itu semuanya cenderung korup dan harus dipantau.

WHEN ASIAN MOMS ARE STINGY AF

WHEN ASIAN MOMS ARE STINGY AF

Posted by Kini YouTube on Friday, February 1, 2019

“Apa yang saya sedari, penjawat awam di peringkat kementerian adalah sangat berkebolehan, sangat bagus, malah boleh bercakap dalam pelbagai bahasa, mereka tahu betul bidang tugas masing-masing dan maklumat tentang tugas mereka bagai berada di hujung jari. Jadi bagi saya masalah sebenarnya bukanlah soal penjawat awam itu sendiri, tetapi soal ‘governance’ pengurusan. Di sini lah, bagi saya hadirnya tanggungjawab menteri untuk memastikan wujudnya tataurus-tadbir yang baik bagi menghindar salahguna kuasa, rasuah dan berbelanja sakan. Bagi saya ini merupakan cabaran utama, berbanding upaya mewujudkan program-program dan idea baru.

世上最“快”的人

世上最“快”的人

Posted by Kini YouTube on Monday, February 11, 2019

Ketimbang obsesi orang ramai tentang program baru dan bertanya apa yang akan kerajaan baharu lakukan untuk bidang masing-masing, Steven berpendapat bahawa apa yang lebih penting ilah memastikan pengurusan bobrok pada zaman pemerintahan BN diubati terlebih dahulu.

Contohnya kalau saya berikan peruntukan satu ringgit kepada seorang ahli sukan, bagaimana kita boleh pastikan keseluruhan satu ringgit itu diterima oleh ahli sukan itu.

😂😂😂

😂😂😂

Posted by Kini YouTube on Friday, December 28, 2018

“Bukan seperti dulu apabila diberi peruntukan seringgit, 20 sen dapat kepada A, 20 sen lagi kepada B dan seterusnya; akhirnya atlet negara hanya dapat 10 sen daripada keseluruhan peruntukan yang sepatutnya diterima. Apabila sistem ini sudah ada, kemudian barulah kita boleh bercakap tentang program yang lebih berkesan,”tegasnya.

Try Not To Laugh Challenge 3

Try Not To Laugh Challenge 3

Posted by Kini YouTube on Friday, February 8, 2019

Sebenarnya memang lebih seronok menjadi pembangkang. Tanyalah wakil-wakil rakyat UMNO di Parlimen. Menjadi pembangkang memang aktiviti yang rancak jika dibanding dengan zaman mereka menjadi kerajaan dahulu. Malah jelas kelihatan bagaimana wakil-wakil rakyat Pakatan Harapn yang puluhan tahun terbiasa sebagai pembangkang sedikit canggung apabila duduk di blok kerajaan. Ramai yang masih belum boleh meninggalkan tabiat pembangkang yang kerjanya asyik menghentam. Namun bagi Steven; menjadi kerajaan adalah peluang untuk merealisasikan segala yang telah menjadi bahan hentaman ketika berada di blok pembangkang dahulu.

精彩看点: 教官的經典語錄

幽默詼諧的方式來演繹教官的經典語錄

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 2, 2019

“Sekarang saya boleh laksanakan semua hal yang saya hentam dulu. Contohnya apabila kita bercakap tentang tender terbuka. Dahulu kita sering menyalahkan kerajaan BN tentang ketidaktelusan pengurusan dana negara dan pemberian tender. Kalau saya tidak berada dalam kerajaan saya hanya boleh hentam. Tetapi sekarang saya dan menteri boleh memberi arahan kepada kementerian untuk melaksanakan tender terbuka bagi kesemua perolehan,” katanya sambil mengunyah goreng pisang.

Try Not To Laugh Challenge 1

Try Not To Laugh Challenge 1

Posted by Kini YouTube on Tuesday, February 5, 2019

Tender terbuka adalah amalan kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak ia bertukar tangan pada tahun 2008. Penjimatan hasil daripada amalan tersebut dijenamakan sebagai dividen anti rasuah oleh mantan ketua menter Lim Guan Eng dan disalurkan kepada rakyat melalui program-program bayaran tunai untuk golongan yang memerlukan.

Try Not To Laugh Challenge 2

Try Not To Laugh Challenge 2

Posted by Kini YouTube on Monday, February 4, 2019

“Ini sebabnya kenapa kita bekerja dalam politik. Kita mahu menang dan kemenangan itu bukan untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Tetapi lebih penting lagi untuk melaksanakan program-program yang baik,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *