Kampung Tok Subuh

Saya masih ingat kali pertama saya turun ke Tok Subuh. Waktu itu saya baru jadi Ahli Parlimen lebih kurang sebulan -masih mentah kata orang. Bila sampai ke kampung suasana suram. Kegusaran terpancar di mata orang kampung. Kegusaran ini akanku lihat sepanjang tiga tahun berjuang bersama mereka. Mana tak gusar; entah bila rumah pusaka akan diroboh. Entah besok pulang kerja rumah masih ada atau tidak. Rumah tetap rumah, walaupun berbumbung zink berdinding papan sahaja.

Huge Firework Compilation

Huge Firework Compilation

Posted by Kini YouTube on Wednesday, January 2, 2019

Saya masih ingat lagi ucapan saya masa itu kepada si mangsa pengusiran paksa Kg Tok subuh:”Kalau kalian nak settle kita bantu settle sama pemaju. Kalau kalian nk lawan, kita lawan bersama-sama. Tapi jika kalian pilih lawan, kita kena tahu jalan itu susah.”

尽量不要笑 回放再看还是笑到哭

尽量不要笑 回放再看还是笑到哭

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 2, 2019

Secara jujur saya nak mengaku di sini : saya sebagai wakil rakyat berucap tiup harapan orang kampung bukan dengan megah dan yakin bahawa saya punya kemampuan yang hebat. Saya takut setakut-takutnye. Hidup mati 26 keluarga dalam tangan saya.Banyak kali sudah dalam tiga tahun tersebut bermain dalam fikiran saya,” apakah betul keputusan yang saya buat ini? Patutkah kita pilih jalan ini dan bukan jalan itu? Mungkin kita perlu gostan?”

Try Not To Laugh Challenge 1

Try Not To Laugh Challenge 1

Posted by Kini YouTube on Tuesday, February 5, 2019

Sebagai wakil rakyat kadangkala kita terpaksa sembunyikan gelora dalam hati demi menenangkan mereka yang meyakini kepimpinan kita. Tapi inilah perasaan saya sepanjang tiga tahun sejak hari pertama saya ketemu pejuang Tok Subuh.

最新盡量不要笑

最新盡量不要笑

Posted by Kini YouTube on Monday, February 4, 2019

Selama itu juga Kampung Tok Subuh menjadi keluarga angkat saya. Walaupun dicemuh pelbagai fitnah bahawa DAP yang menceroboh kampung Melayu, sedangkan tanah pusaka kampung Tok Subuh entah macam mana hilang ditelan pihak swasta di zaman BN dulu, namun penduduk kampung sendiri tahu dan faham apa yang berlaku. Saya, wakil rakyat negeri kawasan Machang Bubok Lee Khai Loon, dan penduduk kampung bermalam sudah, berhari sudah, berbuka sudah, bersahur pun sudah, keluar masuk pejabat daerah, naik-turun mahkamah, pi mai pi mai ke pejabat Ketua Menteri di KOMTAR. Sampai ke Dewan Rakyat saya membawa Kg To Subuh, ketika membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Tok Subuh sudah menjadi keluarga saya.

為您帶來歡笑和樂趣

為您帶來歡笑和樂趣

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Pad 4 Mac 2016, apabila kami berdepan dengan tarikh akhir untuk berpindah keluar dari rumah kampung, penduduk kampung dan sekalian kepimpinan kerajaan negeri berhimpun di halaman kampung bagi mempertahankan rumah kami daripada dirobohkan jentolak tuan tanah swasta. Pada malam sebelumnya saya memberi jaminan kepada penduduk kampung yang kerajaan negeri tidak akan menghalalkan jentera dan mesin kerajaan menyentuh walau seinci pun rumah Kampung Tok Subuh.”Besok kita berpesta mempertahankan kampung kita!”Dan benarlah, keesokan harinya kami berpesta! Saya menulis puisi dia tas menggunakan ayat-ayat yang sering digunakan oleh penduduk kampung, kadangkala ala bergurau untuk menyuarakan kasih dan gusar mereka kepada kampung halaman.

MAGIC TRICKS THAT YOU CAN DO TO IMPRESS GIRLS,

MAGIC TRICKS THAT YOU CAN DO TO IMPRESS GIRLS,

Posted by Kini YouTube on Monday, February 11, 2019

Di masa parti lawan, terutamanya UMNO terus memfitnah bahawa DAP yang menzalimi Kampung Tok Subuh, penduduk kampung berdiri teguh bersama Kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika Ketua Menteri Lim Guan Eng ditahan dan didakwa akibat permainan politik kotor rejim UMNO-BN, penduduk kampung mengutip derma RM10 setiap keluarga lalu diserahkan kepada saya untuk “Tabung Solidariti Lim Guan Eng”. Selalunya Ketua Menteri yang beri derma kepada penduduk miskin, tapi hari ini penduduk miskin beri derma kepada Ketua Menteri kesayangan mereka.

WHEN ASIAN MOMS ARE STINGY AF

WHEN ASIAN MOMS ARE STINGY AF

Posted by Kini YouTube on Friday, February 1, 2019

Ketika itu, pada Jun 2016 saya menganjurkan majlis buka puasa di kampung dan saya terkejut apabila Puan Hamidah, Pengerusi Badan Bertindak Kampung Tok Subuh tiba-tiba menyampaikan sampul wang berjumlah RM260 di tangan saya.

“Mereka lebih suka kerajaan yang berdiri dengan orang besar dan menindas rakyat. Bila Ketua Menteri kami berdiri dengan orang miskin dan rakyat tertindas seperti kami di Kampung Tok Subuh, mereka tidak tahan. Jadi mereka nak jatuhkan Ketua Menteri kami. Kami akan tetap bersama beliau! Itu kata-kata Puan Hamidah pada malam tersebut yang akan saya ingat sampai bila-bila.

世上最“快”的人

世上最“快”的人

Posted by Kini YouTube on Monday, February 11, 2019

Saya menerima sampul dengan tangan yang bergetar. Ini duit orang miskin, derma ikhlas mereka yang marah kerana pemimpin yang selama ini membela nasib mereka kini ditindas oleh pihak yang sama yang mendalangi pengusiran mereka.

Kampung Tok Subuh merupakan pengajaran politik yang amat berharga buat saya. Dalam pada politik kita mengangkat yang kaya, yang cerdik pandai, yang punya ijazah universiti yang hebat-hebat, marhaenlah tonggak kuasa politik yang sebenar-benarnya.

😂😂😂

😂😂😂

Posted by Kini YouTube on Friday, December 28, 2018

Pada 21 Januari 2017 setelah 43 purnama kami berjuang, segala air mata, keringat dan kegusaran Tok Subuh reda. Hari tersebut Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng turun ke Tok Subuh. Mereka bawa berita gembira: surat hitam putih jaminan kerajaan negeri menawarkan sebuah rumah baru setiap 26 keluarga pejuang Tok Subuh.

Saya tunjukkan sampul A4 warna putih kepada kawan-kawan Tok Subuh. Tertera “Urusan Seri Paduka Baginda”. Kali ini jaminan bukan oleh saya yang kecil, tapi oleh kuasa tertinggi negara kita, disempurnakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Try Not To Laugh Challenge 3

Try Not To Laugh Challenge 3

Posted by Kini YouTube on Friday, February 8, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *