Oleh LIM KIT SIANG
Terdapat tiga pemandangan luar biasa semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen.
Chinese New Year – The Bucket – AppleChinese New Year – The Bucket – Apple
Posted by Kini YouTube on Monday, January 28, 2019
Pertama, kerusi kosong di bangku pembangkang yang terletak bertentangan dengan kerusi Perdana Menteri. Kerusi itu kosong kerana Ketua Pembangkang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas 45 tuduhan pecah amanah dan penggubahan wang haram.
尽量不要笑 回放再看还是笑到哭尽量不要笑 回放再看还是笑到哭
Posted by Kini YouTube on Saturday, February 2, 2019
Kedua, sebuah lagi kerusi pembangkang yang terletak bersebelahan dengan kerusi Ketua Pembangkang yang diduduki oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sepanjang Dr. Mahathir membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 Najib tidak langsung mengangkat kepalanya untuk melihat Perdana Menteri, apatah lagi bertentang mata, hanya menunduk ke bawah.
最新盡量不要笑最新盡量不要笑
Posted by Kini YouTube on Monday, February 4, 2019
Ketiga, ucapan Dr. Mahathir disambut dengan gema ketukan meja oleh majoriti Anggota Parlimen sebagai tanda penghargaan-sebaliknya di bangku pembangkang perasaan muram terpancar di wajah bekas Menteri dan anggota Parlimen Umno/Barisan Nasional termasuk anggota Parlimen tunggal MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, yang kelihatan sangat selesa dalam ‘dakapan’ pemimpin Umno.
Apakah yang membuatkan pemimpin Umno/BN begitu tidak selesa dan diselubungi suram?
為您帶來歡笑和樂趣為您帶來歡笑和樂趣
Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019
Ia disebabkan oleh penutup ucapan Dr. Mahthir yang berbunyi:
“88. Apa yang saya bentangkan adalah untuk rakyat. Untuk semua rakyat dari Perlis hingga Sabah. Untuk orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Orang Asli dan etnik-etnik lain yang semua bernaung di bawah langit Malaysia.
“89. Kita mahu Malaysia yang bersatu padu. Kita mahu rakyat Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara. Saya mengajak semua rakyat Malaysia menggalas tanggungjawab ini. Jika semua yang terkandung dalam dokumen ini dilaksanakan, saya yakin Malaysia akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia. Imej Malaysia akan bertukar dari sebuah negara kleptokrat kepada sebuah negara yang demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih, luhur dan berintegriti. Rakyat Malaysia di mana-mana tempat di seluruh pelusuk dunia boleh memperkenalkan dirinya dengan bangga. Saya rakyat Malaysia.
WHEN ASIAN MOMS ARE STINGY AFWHEN ASIAN MOMS ARE STINGY AF
Posted by Kini YouTube on Friday, February 1, 2019
Adakah pemimpin Umno/BN termasuk Najib, Ismail Sabry Yaacob, Mahdzir Khalid, Annuar Musa, Idris Yusof, Noh Omar, Shahidan Kassim dan Wee Ka Siong menentang transformasi Malaysia daripada kleptokrasi global kepada model demokrasi dan pembinaan Malaysia Baru di mana rakyat Malaysia bangga mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia?
世上最“快”的人世上最“快”的人
Posted by Kini YouTube on Monday, February 11, 2019
Adakah mereka tidak berpuas hati dengan matlamat untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan semua kumpulan etnik di Malaysia dan sekali lagi mengangkat Malaysia sebagai Harimau Asia?
