Anwar Ibrahim kembali beraksi!

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah kembali menganggotai kerajaan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson setelah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof di Dewan Rakyat.

10 Future Motorcycles YOU MUST SEE

10 Future Motorcycles YOU MUST SEE

Posted by Kini YouTube on Friday, February 1, 2019

Anwar, yang merupakan Presiden PKR kembali semula ke Parlimen selepas hampir lima bulan diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei lalu.

Ketika nama beliau dipanggil Ahli Parlimen yang hadir memberi tepukan gemuruh kepada Anwar.

😂😂😂

😂😂😂

Posted by Kini YouTube on Friday, December 28, 2018

Beliau duduk bersebelahan dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di bahagian tengah Dewan Rakyat menghadap kerusi Speaker.

Anwar menang bergaya dalam pilihanraya kecil Port Dickson dengan majoriti besar 31,016 undi mengatasi pencabar terdekatnya Mohd Nazari Mokhtar dari PAS (7,456 undi) dan 5 pencabar lain.

Try Not To Laugh Challenge 3

Try Not To Laugh Challenge 3

Posted by Kini YouTube on Friday, February 8, 2019

PRK Port Dickson disifatkan pemimpin vateran DAP , Lim Kit Siang sebagai PRK paling penting sepanjang 61 tahun sejarah negara.

“Ia bukanlah sebuah pertarungan antara calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Kelapan Malaysia dan enam calon lain yang menentangnya dalam PRK tersebut.

精彩看点: 教官的經典語錄

幽默詼諧的方式來演繹教官的經典語錄

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 2, 2019

“Ia adalah susulan kepada pertarungan bersejarah 9 Mei 2018- sebuah pertarungan masa depan melawan masa lalu sebagai langkah kedua dalam usaha untuk melahirkan Malaysia Baharu bagi memberi rakyat Malaysia peluang kedua membetulkan semula dasar pembinaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Try Not To Laugh Challenge 1

Try Not To Laugh Challenge 1

Posted by Kini YouTube on Tuesday, February 5, 2019

Kali terakhir Anwar bertanding Kerusi Parlimen adalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Beliau menewaskan Mazlan Ismail (BN) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas) dengan majoriti 11,721 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *