Membawa Khabar Malaysia Baharu Ke Bumi Australia

Oleh SHAHREDZAN JOHAN

Saya tidak tahu siapa yang mula-mula mengunakan frasa “Malaysia Baharu”. Tetapi frasa itu kini sinonim dengan segala yang terjadi dan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang penuh bersejarah.

6 Things You Should Never Do After Eating

6 Things You Should Never Do After Eating

Posted by Kini YouTube on Friday, December 28, 2018

Ia menjadi frasa untuk membezakan negara yang diperintah oleh UMNO-BN selama 61 tahun dengan negara yang diperintah oleh Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah sejak 10 Mei 2018.

Untuk sekian ramai rakyat Malaysia, Malaysia Baharu ini adalah suatu peluang untuk memperbetulkan landasan negara yang sudah lama tersasar. Ia adalah peluang untuk membina semula negara yang hampir hancur dan rosak akibat pemerintahan UMNO-BN yang tidak putus-putus sejak Malaya mencapai kemerdekaan.

Try Not To Laugh Challenge 2

Try Not To Laugh Challenge 2

Posted by Kini YouTube on Monday, February 4, 2019

Tetapi, rupanya Malaysia Baharu ini banyak persoalan yang belum dijawab. Jika kita semua boleh setuju bahawa Malaysia boleh diperbetulkan untuk mengembalikan keunggulannya, apa sebenarnya yang patut diperbetulkan?

Adakah Malaysia Baharu itu bermaksud kebebasan yang luas? Adakah ia bermaksud reformasi institusi negara?

VALENTINES DAY: COUPLES VS FOREVER ALONE

VALENTINES DAY: COUPLES VS FOREVER ALONE

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Adakah ia bermakna suatu negara yang inklusif dan toleran atau negara yang lebih menekankan nilai-nilai ketimuran?

Adakah ia bermakna perkembangan ekonomi yang lebih pesat atau perkongsian kekayaan negara yang lebih saksama?

Apa yang kita mahu isi dalam Malaysia Baharu ini?

FOOTBALL Best Funny Moments Compilation

FOOTBALL Best Funny Moments Compilation

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Inilah persoalan yang bermain dikepala penulis sewaktu penulis melawat beberapa bandar-bandar di Australia dengan Saudara Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri) dan Saudari Wong Shu Qi ( Ahli Parlimen Kluang) bulan September.

hahaha

hahaha

Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 13, 2019

Tujuan lawatan kami ke Perth, Canberra, Sydney dan Melbourne adalah untuk berjumpa dengan komuniti Malaysia disana untuk berbicara tentang Malaysia Baharu. Umum mengetahui bahawa bandar-bandar tersebut didiami oleh diaspora Malaysia yang besar. Ada yang belajar di sana, dan ramai yang sudah menetap di sana berdekad lamanya. Kami ke Australia membawa salam harapan dan perkhabaran tentang ibu pertiwi yang baru sahaja meleraikan rantai kekuasaan UMNO-BN.

https://www.facebook.com/kiniyoutube/videos/vl.298635290844134/2299957643388926/?type=1

Di setiap bandar, acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Untuk mereka yang sudah lama meninggalkan negara mungkin lirik lagu juga sudah samar-samar dalam ingatan. Tetapi kesudian mereka untuk berjumpa dengan kami menunjukkan bahawa Malaysia masih punya tempat di hati mereka.

Pelbagai soalan- soalan yang diajukan kepada kami. Mengenai kewarganegaraan, mengenai pelan peralihan kuasa Mahathir ke Anwar, mengenai masa hadapan Pakatan Harapan, antara lain. Kami cuba jawab dengan sebaik mungkin.

Try Not To Laugh Challenge 4

Try Not To Laugh Challenge 4

Posted by Kini YouTube on Wednesday, February 13, 2019

Pada pihak kami, mesej yang kami bawa konsisten; Malaysia baharu belum lahir sepenuhnya, kata Saudara Lim Kit Siang.

Malaysia Baharu sedang dibentuk. Bagaimana rupa bentuknya, bagaimana pengisiannya semua masih belum jelas. Malaysia Baharu memerlukan kerjasama dan maklumbalas daripada semua warga Malaysia tidak kira di mana mereka berada.

尽量不要笑 回放再看还是笑到哭

尽量不要笑 回放再看还是笑到哭

Posted by Kini YouTube on Saturday, February 2, 2019

Dan di setiap tempat, seruan Saudara Lim Kit Siang adalah sama; wujudkanlah suatu pergerakan baharu untuk pengisian Malaysia Baharu. Wujudkanlah suatu diaspora Malaysia Baharu untuk sama-sama memastikan bahawa langkah pertama dan yang paling mudah, yakni mengusir UMNO-BN daripada Putrajaya tidak menjadi sia-sia.

最新盡量不要笑

最新盡量不要笑

Posted by Kini YouTube on Monday, February 4, 2019

Malaysia Baharu ini bukan milik Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau mana-mana pemimpin Pakatan Harapan. Malaysia Baharu bukan milik politikus atau pengundi Pakatan Harapan sahaja. Malaysia Baharu milik semua rakyat Malaysia yang lebih baik. Kita semua pemegang taruh dalam negara ini.

為您帶來歡笑和樂趣

為您帶來歡笑和樂趣

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Bak kata Tunku Abdul Rahman untuk menjadikan negara ini cahaya yang menerangi dunia yang terganggu dan bingung. Sama ada kita akan berjaya atau tidak terpulang pada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *