Rombongan Ketua Kampung Temui Kit Siang Tolak Dakyah UMNO terhadap DAP

Oleh FATIH HASSAN NORDIN

Pemimpin vateran DAP Lim Kit Siang menerima kunjungan hormat rombongan ketua kampung dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Selangor di ibu pejabat DAP.

Moments You Wouldn't Believe If They Weren't Recorded

Moments You Wouldn't Believe If They Weren't Recorded

Posted by Kini YouTube on Monday, January 7, 2019

Delegasi tujuh orang tersebut hadir bagi bertemu sendiri sosok bernama Kit Siang dan mendengar seba sedikit penerangan mengenai isu semasa berkaitan parti.

Ketua Kampung Sungai Tekali Amran Ahmad berkata beliau berbangga dapat bertemu pemimpin vateran DAP itu secara bersemuka dan meluahkan pandangan serta perasaan mengenai suasana politik semasa.

“Sebekum ini saya hanya berkesempatan bertemu Kit Siang dalam ceramah-ceramah,” katanya sambil menyifatkan Kit Siang mempunyai perwatakan yang mesra dan mudah didekati.

“Kalau pemimpin UMNO perlu banyak protokol. Susah nak jumpa,” tambahnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri turut sempat memberikan cenderahati berupa buku bertajuk Hak Untuk Berbeza Pendapat hasil tulisan beliau dan Malaysii Miliki Kita Bersama kepada ketua kampung yang hadir.

Cerita bohong UMNO terhadap DAP

Rata-rata ketua kampung yang ditemui selepas pertemuan dengan Kit Siang menyatakan bahawa tuduhan bahawa DAP kononnya anti-Islam dan anti-Melayu hanyalah dakyah UMNO/BN untuk mengelirukan rakyat.

Menurut Ketua kampung Kuala Perdik, Adnan Ihjas, Pulau Pinang yang ditadbir oleh pemimpin DAP tidak pernah meminggirkan kebajikan orang Melayu dan Islam.

“Lihat sendiri Pulau Pinang, kerajaan negeri sangat prihatin dengan penuntut-penuntut tahfiz, guru-guru mereka diberikan elaun.

“Tetapi masa zaman UMNO Melayu sendiri yang memerintah mereka sendiri tidak peduli dengan penuntut-penuntut tahfiz. Mereka hanya peduli poket sendiri,” katanya.

Sementara itu Ketua Kampung Kuala Pangsa Muhammad Hanafiah Hussin berkata masyarakat Melayu semakin boleh menerima DAP selepas melihat cara pemimpin parti menjaga kebajikan kaum tersebut.

Ketua kampung lain yang turut hadir adalah Shari Shuaib (Kampung batu 13),Mohd Aris Mohd Saleh (Kampung Batu 18), Mohd Razak Jalalaudin (Kampung Batu 21 Lui) dan Ali samad ( Kampung Lubok Kelubi dan Kampung Padang)

Rombongan mereka diiringi oleh Setiausaha Politik kepada Adun Dusun Tua, Shukri Mokhtar serta Ahli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang, Ahmad Irfan Hani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *