Kerajaan Harapan hadkan tempoh jawatan PM, KM, MB 2 penggal

Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal, kata Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Video : Satu lagi pencapaian kerajaan PH demi rakyat yang tercinta. Sila viralkan! ♥♥

Video : Satu lagi pencapaian kerajaan PH demi rakyat yang tercinta. Sila viralkan! ♥♥

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Tambahnya Perdana Menteri juga tidak akan pegang portfolio lain.

“Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan. Tempoh perkhidmatan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal.

“Perdana Menteri juga tidak akan memegang portfolio lain,” katanya semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 di Dewan Rakyat.

Langkah diambil kerajaan itu selari dengan manifesto Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri akan dihadkan kepada dua penggal.

Selain itu, kerajaan PH juga kan menambaik baik sistem pilihan raya serta memperkenalkan undang-undang berkaitan pembiayaan politik.

“Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media.

” Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal,” ujarnya.

Rancangan Malaysia Kesebelas masih berbaki dua tahun sebelum pusingan terakhir menuju matlamat Wawasan 2020 yang diilhamkan Dr. Mahathir.

Pembentangan Kajian Separuh Penggal tersebut adalah pembentangan polisi pertama sejak kerajaan baharu Pakatan Hrapan mengambil alih pentadbiran negara pada PRU k-14 lalu.

Apa yang menarik, ia bukanlah kali pertama Dr. Mahathir membuat pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia.

Kali terakhir beliau membuat pembentangan yanag sama ialah pada 31 Oktober 2003 sekaligus mengakhiri tugas beliau sebagai Perdana Menteri keempat.

Siapa sangka pada usia 93 tahun, Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri ketujuh bagi menyelesaikan kerja-kerja merealisasi wawasan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *