Menteri sambut demonstran, janji bawa isu gaji minimum ke perhatian Kabinet

Bilakah kali terakhir seorang menteri kerajaan keluar behadapan demonstran? Lebih spesifik lagi, bilakah kali terakhir seorang Menteri Sumber Manusia keluar ke perkarangan parlimen dan menjemput demonstran masuk berbincang tentang tuntutan mereka?

Video : Tahniah! Malaysia muncul juara dunia pertandingan memasak di Paris. Jangan sekali lupa tanpa mengira kaum kita semua anak Malaysia! Sebarkan! 🇲🇾♥

Tahniah! Malaysia muncul juara dunia pertandingan memasak di Paris. Jangan sekali lupa tanpa mengira kaum kita semua anak Malaysia! Sebarkan!

Posted by Kini YouTube on Sunday, February 3, 2019

Itulah yang terjadi di Parlimen apabila Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran keluar bersemuka dengan peserta protes gaji minimum dan menyambut sendiri memorandum daripada wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta pimpinan Parti Sosialis Malaysia.

Kula yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan menjemput sekitar 20 orang wakil perhimpunan terbabit untuk berbincang tentang isu penetapan gaji minimum sekadar RM1050 yang ditafsirkan sebagai suatu penghinaan.

Keputusan yang dibuat pihak kerajaan bulan lalu itu menerima kecaman hebat lantaran jauh berbeza dengan janji manifesto Pakatan Harapan untuk menetapkan gaji minimum pada jumlah RM1500.

Bercakap dalam pertemuan terbabit, beliau berikrar untuk membawa isu yang sama diketengahkan oleh MTUC bersama-sama wakil 17 kesatuan sekerja lain, ke perhatian Kabinet untuk membuat keputusan.

“Saya akan bawa perkara itu ke Kabinet untuk memahami dan memikir semula apakah tindakan susulan yang perlu diambil dan pandangan-pandangan mereka akan dikaji dan akan diambil kira,” ujarnya kepada wartawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *