Kerajaan Terpaksa Tanggung hampir RM 1.7 bilion faedah hutang 1MDB

Kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan sejumlah RM1.688 bilion bagi membayar faedah hutamg 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

MAGIC TRICKS THAT YOU CAN DO TO IMPRESS GIRLS,

MAGIC TRICKS THAT YOU CAN DO TO IMPRESS GIRLS,

Posted by Kini YouTube on Monday, February 11, 2019

Menurutnya jumlah tersebut termasuk dua lagi pembayaran berjumlah RM217.51 untuk bon projek Loji Kuala Langat 1MDB dan RM143.75 juta bagi suku Islamik nota jangka sederhana (IMTN) yang akan dibuat tidak lama lagi.

“Hari ini kita bayar RM208.8 juta faedah Projek Loji Tenaga Kuala Langat (1MDB).

“Ini bukanlah satu jumlah yang kecil. Kita akan terus buat pembayaran seperti mana yang ‘dikontrakkan’ kerajaan lama,” katanya pada media di lobi Parlimen.

Tambah Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP, skandal 1MDB tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat Malaysia sebaliknya menjejaskan reputasi dan imej negara.

“Soalan akan ditanya apa yang kita dapat? Kita lihat keseluruhan skandal ini, sebanyak RM50 bilion. Soalan yang akan timbul ialah apa yang rakyat dapat?

” Yang kita dapat hanya dikenali di seluruh dunia sebagai jaguh kleptorasi dunia. Ia adalah suatu skandal yang mencederakan Malaysia bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi aspek imej dan reputasi,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata kerajaan akan terus memenuhi komitmen tersebut bagi mengelak berada dalam status ‘default’ sehingga menjejaskan penarafan kredit negara.

Sementara itu, Guan Eng ternyata telah membuktikan kecekapan pengurusan kewangan apabila Akaun Hasil Disatukan meningkat sebanyak tujuh kali ganda mencecah RM3.25 bilion dalam tempoh hanya empat bulan.

Guan Eng berkata kerajaan telah berjaya meningkatkan jumlah daripada RM450 juta yang ditinggalkan BN pada 30 April 2018 kepada RM3.70 bilion setakat 31 Ogos 2018.

Hasil kerajaan untuk temph empat bulan antara Mei hingga Ogos 2018 meningkat sebanyak RM1.70 bilion, manakala perbelanjaan pengurusan bagi tempoh tersebut telah menyusut daripada RM83.29 bilion kepada RM70. 33 bilion.

“Lebihan dalam baki akaun semasa berjumlah RM3.25 bilion telah membantu Kerajaan Persekutuan mencatatkan baki Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM3.70 bilion pada 31 Ogos.

“Kerajaan mahu membuktikan yang sebuah kerajaan bersih bukan sahaja dapat membebaskan Malaysia yang dikenali sebagai sebuah kleptorasi global tetapi juga membantu kita dapatkan sumber kewangan yang baharu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *