UMNO Jangan Jadi Parti Lembik-Shakir Ameer

Asas prinsip demokrasi adalah pertarungan di antara pihak mana yang memiliki undi terbanyak. Hanya beberapa bulan selepas kekalahan PRU 14 kita dapat lihat segerombolan pihak lawan menyertai Pakatan Harapan.

UMNO tidak usah membuang masa berbincang dengan pelbagai pihak demi’survival’ parti tersebut. Terimalah hakikat dengan rela hati dan kerjalah dengan kuat untuk rakyat supaya mendapat kepercayaan semula.

VIDEO: 【大爆料】劉特佐要爆2人名字 !! 納吉心慌慌

【大爆料】劉特佐要爆2人名字 !! 納吉心慌慌

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Umum mengetahui bahawa 52 tahun DAP menjadi parti pembangkang. Namun kami mampu memberikan perkhidmatan baik kepada rakyat tanpa mengira bilangan kerusi di Parlimen atau DUN mana-mana negeri atau keupayaan kewangan.

Selama ini UMNO cuba menimbulkan momokan bahawa Sdr. Lim Kit Siang adalah seorang rasis yang jahat khususnya kepada orang Melayu sekaligus menimbulkan naratif bahawa beliau ingin menjadi Perdana Menteri namun beliau tidak berminat untuk memasuki jemaah menteri dan cuma ingin menjadi ahli parlimen sahaja.

VIDEO: 蒙古女郎案【重要證人突然現身】納吉這次有難?緊張了

蒙古女郎案【重要證人突然現身】納吉這次有難?緊張了

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Sekarang Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz menyatakan sokongan UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bersama beberapa syarat. Siapakah Nazri untuk membuat syarat dengan bilangan Ahli Parlimen yang semakin mengecil?

Sebelum PRU 14 lagi perjanjian di antara parti-parti Pakatan Harapan telah dimuktamadkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri ke-8 pada tahun 2020 nanti. Sokongan dari PH sudah memadai. Kami tidak perlukan UMNO.

VIDEO: 神奇的马

神奇的马

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Kami juga ingin menyatakan bahawa DAP tidak akan sesekali bekerjasama dengan UMNO. Kami tidak akan melupakan kesusahan yang ditimbulkan oleh UMNO kepada parti DAP selama ini. Pengalaman ini hanya akan membuatkan parti DAP lebih kuat dan memastikan kami tidak mengikut jejak langkah UMNO.

Adalah lebih baik jika UMNO mulai cerminkan diri sendiri dan insaf akan keburukan yang dilakukan sepanjang tempoh di tampuk kuasa. Jika tidak ingin sedar diri maka biarlah UMNO dikuburkan dengan sendiri.

VIDEO: 总警长确认男男短片是真的!安华确认他今天有照过镜子!

总警长确认男男短片是真的!安华确认他今天有照过镜子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Berhimpunlah Kamu Dalam Malaysia Baharu

Oleh SYAHREDZAN JOHAN

Maka berakhirlah perhimpunan anti-ICERD yang dianjurkan oleh NGO-NGO dan disokong oleh 2 parti pembangkang paling besar di Malaysia. Perhimpunan jalanan pertama setelah terbentuknya Kerajaan Baharu selepas 9 Mei 2018 telah berlangsung dengan jayanya.

Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman. Saya ingat lagi bagaimana di hadapan mata saya seorang demonstran yang berlari, tersungkur dan kemudian ditahan beberapa anggota polis semasa Bersih 2.0.

VIDEO: 新加坡归还1.6亿一马资金!刘特佐父亲4800万被充公!

新加坡归还1.6亿一马资金!刘特佐父亲4800万被充公!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Saturday, July 20, 2019

Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam mereka yang ditahan polis semasa perhimpunan aman. Saya ingat lagi, menunggu di hadapan Pulapol selama berjam-jam untuk dibenarkan masuk berjumpa tahanan-tahanan ketika Bersih 3.0.

Saya juga ada sedikit pengalaman membawa kes di Mahkamah untuk menegakkan hak berhimpun dengan aman. Dan saya sendiri juga pernah menjadi seorang demonstran dalam perhimpunan aman.

VIDEO: 刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Oleh itu, apabila saya melihat gambar-gambar 70,000 hingga 80,000 demonstran membanjiri Kuala Lumpur tanpa apa halangan atau sekatan dan dibantu oleh pihak berkuasa sebagai pemudahcara, saya berasa amat puas hati.

Bukan sebab saya sokong perhimpunan anti-ICERD ini. Langsung tidak! Tetapi saya menghormati hak untuk berhimpun. Kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

VIDEO: 證人:6筆近5千萬巨款 匯入納吉戶頭

證人:6筆近5千萬巨款 匯入納吉戶頭

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Namun dalam sejarah negara Malaysia ini, perhimpunan jalanan sentiasa dihalang. Hak ini termaktub bagaikan ilusi.

Saya ingat lagi, himpunan-himpunan jalanan mega sebelum ini. Bagaimana rakyat dihalang masuk ke Dataran Merdeka. Bagimana individu-individu tertentu ditahan sebelum perhimpunan. Bagaimana amaran-amaran dikeluarkan dan demonstran ditomah dan dicerca. Bagaimana gas pemedih mata dan meriam air jadi sajian.

VIDEO: 安华被逼宫了!拜相获支持的宣誓书“是假的”!

安华被逼宫了!拜相获支持的宣誓书“是假的”!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Bagimana pula demonstran ditahan dan diangkut ke PULAPOL. Bagaimana mereka yang ditahan, dilanjutkan reman. Bagimana mereka kemudian di dakwa di mahkamah.

Ingat lagi roadblock yang dikenakan ke atas kenderaan-kenderaan yang masuk ke dalam Kuala Lumpur?

Ingat lagi bagaimana baju berwarna kuning diharamkan?

Ingat lagi Maria Chin Abdullah yang ditahan bawah SOSMA semasa bersih 5?

VIDEO: 邦莫达妻子出国,被网友抓包她的炫富生活!五个女佣看管五个儿子!

邦莫达妻子出国,被网友抓包她的炫富生活!五个女佣看管五个儿子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Ingat lagi mahasiswa-mahasiswa yang dikenakan tindakan atas sebab meyertai ‘perhimpunan haram’?

Ingat lagi yang luka, yang rebah, yang naik dan turun mahkamah?

Peristiwa-peristiwa ini, pengorbanan-pengorbanan ini telah menyumbang kepada apa yang berlaku pada hari ini. Kejayaan perhimpunan jalanan, tanpa ada sekatan, halangan atau tangkapan ini harus menjadi peringatan kepada kita tentang apa kita perjuangkan selama ini.

VIDEO: 【納吉你還要講風涼話?】一兆國債要還多久? 每天還100萬,要還2739年 大馬被你這傢伙刮空空~~

【納吉你還要講風涼話?】一兆國債要還多久? 每天還100萬,要還2739年 大馬被你這傢伙刮空空~~

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Sebuah negara yang mana rakyatnya bebas mangamal hak dan kebebasan mereka. Sesebuah negara yang kerajaannya bukan setakat membenarkan demonstrasi, membantu perjalanannya tetapi juga mengucapkan selamat maju jaya kepada demonstran.

Inilah semangat Malaysia Baharu.

Malaysia Baharu bukan bermakna yang menang boleh berdemonstrasi tanpa halangan.

VIDEO: 最新消息!總檢察長阿班迪這次逃不過……完了!

最新消息!總檢察長阿班迪這次逃不過……完了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Malaysia Baharu adalah negara di mana yang tidak menang dan yang menentang, boleh juga berdemonstrasi tanpa halangan.

Menteri Sahkan Akaun Tabung Haji Bermasalah

Tabung Haji (TH) melanggar dua syarat pembayaran hibah atau dividen sejak 2014, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.

Menurut beliau pembayaran hibah hanya boleh dilakukan jika nilai aset tidak kurang daripada liabiliti dan mempunyai keuntungan yang boleh diagihkan.

VIDEO: 为何巫统一代比一代要笨?敦马爆出惊人内幕!精英绝对禁止加入巫统!

为何巫统一代比一代要笨?敦马爆出惊人内幕!精英绝对禁止加入巫统!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

“TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan tidak mengikut akta (Akta Tabung Haji 1995) kerana asetnya kurang daripada liabiliti,” katanya kepada pemberita selepas laporan kewangan TH dibentangkan di Parlimen.

Terdahulu Mujahid mendedahkan akaun TH pada 2017 yang menunjukkan institusi kewangan tersebut mempunyai aset sebanyak RM70.3 bilion dengan jumlah liabiliti berjumlah RM74.4 bilion.

VIDEO: 国家并非处理这些作呕的事情!刘天球:安华才是首相人选,阿兹敏不够资格!

国家并非处理这些作呕的事情!刘天球:安华才是首相人选,阿兹敏不够资格!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Saturday, July 20, 2019

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan pelan pemulihan TH berdasarkan keadaan semasa bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat terhadap institusi kewangan berkenaan.

“Berdasarkan keadaan semasa TH ketika ini, pelan pemulihan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memulihkan penyata kira-kira TH.

“Inilah perkara sebenar yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah yang baharu,”ujarnya.

VIDEO: 周美芬走了,魏家祥哽咽道别!终于脱离马华包袱!

周美芬走了,魏家祥哽咽道别!终于脱离马华包袱!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Saturday, July 20, 2019

Pelan itu, katanya termasuk cadangan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV) bagi mengambil alih, memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang kurang menunjukkan prestasi.

“Kabinet telah berbincang tentang pelan pemulihan ini dengan teliti dan memberi sokongan penuh terhadap pelan tersebut supaya kedudukan kewangan TH dapat diperbaharui serta mengembalikan keyakinan rakyat.

VIDEO: 马哈迪赏脸出席公正党致词!警告蓝眼内部不要互相伤害!阿兹敏爽约不敢来!

马哈迪赏脸出席公正党致词!警告蓝眼内部不要互相伤害!阿兹敏爽约不敢来!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Saturday, July 20, 2019

“Bagi memastikan pelan jangka panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019,” katanya.

DAP, ISLAM, MELAYU DAN 100 HARI MALAYSIA BAHARU

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

Dinamik politik baru dalam tempoh 20 tahun kebelakangan pasca reformasi telah banyak mengolah corak fikir dan sudut pandang rakyat Malaysia. Tambahan lagi apabila politik arus perdana selama ini dibelenggu dalam rangka fikir idea feudal, perkauman dan agama dengan wajah-wajah tua. Justeru, tidak hairan apabila regim lebih 60 tahun UMNO-Barisan Nasional(BN) tewas, ia disambut dengan pelbagai slogan ; Malaysia Baru misalnya yang disebut-sebut sekalian masyarakat, termasuk sebahagian gerombolan cybertrooper BN yang masih setia kepada tuan lamanya.

VIDEO: 纳吉炮轰国防部长是小丑!遭网民们神回打脸!纳吉的部长个个都是人才!

纳吉炮轰国防部长是小丑!遭网民们神回打脸!纳吉的部长个个都是人才!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Bermula daripada revolusi aman tergulingnya kerajaan Najib Razak, ia membenarkan bahawa kesedaran politik rakyat sudah meningkat ke tahap yang lebih tinggi -termasuk Syahredzan Johan yang beranggapan bahawa rakyat khususnya orang Melayu sudah berani mengatasi segala ketakutan dan gelisah kaum-agama yang dimomok UMNO selama ini.

Syahredzan Johan, peguam muda yang baru-baru ini dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada tokoh vateran DAP, Lim Kit Siang berkata keghairahan politik golongan muda untuk melakar sajarah baru Malaysia telah terbukti.

VIDEO: 纳吉指责林吉祥应该道歉,遭林吉祥一句话打脸!

纳吉指责林吉祥应该道歉,遭林吉祥一句话打脸!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Bagi aku rasanya orang mudalah yang berjaya realisasikan apa yang kita nampak.Jika kita lihat data, orang muda bawah 40 tahun, bawah 45 tahun mereka aling terkesan dalam isu kos sara hidup dan sebagainya,”katanya.

Menurutnya, antara faktor yang turut menyumbang kepada ghairah perubahan politik golongan muda ialah tahap pendidikan, pembacaan, melalui teknologi maklumat dan tidak dibelenggu beban sejarah lampau seperti peristiwa 13 Mei. Anak kelahiran Selangor itu ada sebab tersendiri mengapa beliau tertarik menyertai DAP sebagai wadahnya.

VIDEO: 蓝卡巴星爆出这风波 若严重纳吉将被判监禁20年!

蓝卡巴星爆出这风波 若严重纳吉将被判监禁20年!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Aku masuk politik sebab sedar, nak beri sumbangan untuk buat perubahan bermakna, kena melalui parti politik. Ini bukan bermakna NGO tidak berfungsi atau tak efektif tetapi secara peribadi aku nampak perkara yang libatkan dasar, undang-undang dan sebagainya perlu melalui parti politik. Kita boleh beri tekanan daripada luar, tapi jika betul-betul nak lakukan sesuatu kena masuk politik dan cuba buat perubahan melalui parti politik,” katanya.

Liberal, sekular, kafir

VIDEO: 【国阵当了反对党竟将嚣张做这件事】如今遭林立迎举报了!他们都有难了!

【国阵当了反对党竟将嚣张做这件事】如今遭林立迎举报了!他们都有难了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Penyertaan golongan muda dan Melayu sebagai kader DAP sejak sekian lama dibelenggu dengan tohmahan yang dikaitkan sebagai liberal, sekular malah sehingga ada yang dikafirkan sesetengah pihak. Namun bagi Syahredzan segala dakwaan itu tidak tepat dan tuduhan dibuat hanya berdasarkan stigma serta salah faham terhadap konsep-konsep hak asasi yang sebenar.

VIDEO: 最新大爆料【首相署慕查希出面揭发1MDB在7年内】“赞助”5700万给巫统党员去这个地方!

最新大爆料【首相署慕查希出面揭发1MDB在7年内】“赞助”5700万给巫统党员去这个地方!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Orang salah faham tentang sekularisme mengatakan bahawa ia tidak ada agama walhal sekular itu bermakna pemisahan agama dan pentadbiran. Kalau ikut konsep sekular Perancis, pentadbiran di Malaysia tak sekular, Perancis betul-betul terpisah ( dengan agama) maknanya tak boleh ada agama langsung dalam pentadbiran ataupun dalam politik. Tapi di Jerman pula lain -jadi sekularisme Jerman pula berbeza dari Perancis. Kita( Malaysia) pun sekular tapi sekular acuan kita,” jelasnya.

VIDEO: 人赃并获!警员律师甚至是副检察司索贿释放非法外劳被反贪会逮捕!

人赃并获!警员律师甚至是副检察司索贿释放非法外劳被反贪会逮捕!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Katanya disebabkan stigma yang terlalu menebal, masyarakat Islam tidak melihat pentadbiran sekular yang di amalkan di negara barat telah membuka ruang ruang yang seluas-luasnya kepada penganut agama Islam untuk beramal dengan ajaran mereka. Justeru, sekularisme katanya adalah penting dalam sesebuah pentadbiran agar tidak wujud diskriminasi ke atas mana-mana kumpulan.

VIDEO: 国防部长末沙布发怒了破口回击纳吉“小丑论”

国防部长末沙布发怒了破口回击纳吉“小丑论”

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

“Aku sudah lama rasa kita memang perlu sekularisme dan pandangan bahawa negara kita ini asasnya juga dalah sekular walaupun ada undang-undang syariah. Jadi bila kita nak buat undang-undang contohnya, orang yang akan gubal undang-undang tu siapa? Bukan orang Islam sahaja. Ia perlu melalui proses sekular dimana ia perlu digubal , dibincangkan dibahaskan oleh semua wakil rakyat. Jadi itu adalah proses sekularlah. Jadi untuk kata DAP sekular, memang aku tak ada masalah,”kata Syahredzan.

VIDEO: 【報應到】扎希家族腳軟~~大選輸家MyEG

【報應到】扎希家族腳軟~~大選輸家MyEG

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Beliau turut menyanggah dan menjawab segala momokan liar dan sering didakyahkan jentera propaganda UMNO-BN terutama berhubung kedudukan istimewa Raja, Melayu dan Islam yang kononnya semakin terhakis. Putar belit provokasi perkauman UMNO pad Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya menamatkan riwayat parti itu sendiri. UMNO gagal mencongak kebajikan Melayu dan rakyat Malaysia yang memilih untuk menghumban parti itu dalm tong sampah sejarah sekitar 100 hari lalu.

VIDEO: 过去做“YES MAN”所以才会失政权!凯里:我批评纳吉没错!

过去做“YES MAN”所以才会失政权!凯里:我批评纳吉没错!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Tapi UMNO tidak putus asa. Kemenangan Pakatan Harapan membenih kebangkitan puak sayap kanan yang semakin lantang mencabar perpaduan mayarakat plural negara ini. Di saat PAS dilihat semakin jinak bersama UMNO, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman umpamanya telah membuat tohmahan jahat kononnya “Putrajaya dikuasai Kristian”. Akhirnya muncul kononnya ‘hero baru UMNO’ Khairy Jamluddin yang mengakui partinya itu mengalami dilemma eksistensial, justeru memungkinkan sebarang tindak tanduk retorik demikian.

VIDEO: 敦马公开批评巫统!

敦马公开批评巫统!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

Kenapa boleh jadi begitu?

Menurut Syahredzan, UMNO sedang mencari ‘tempat’ dalam kerangka Malaysia Baharu.

“Aku rasa mereka tengah cari tempat dalam Malaysia pasca PRU14. UMNO mungkin tidak tahu bagaimana untuk jadi pembangkang yang bagus dan pada masa yang sama mereka ada masalah kredibiliti. Mereka tidak boleh bercakap tentang keterbukaan dan ‘good governance’ , kerana mereka sendiri kalah PRU sebab isu-isu ini,” katanya.

Perkembangan sebegini bagaimanapun agak ‘membimbangkan’ tambahan pula dengan sikap PAS yang seudah menyebelahi UMNO pada PRK Sungai Kandis baru-baru ini.

VIDEO: 马智礼踢爆前朝黑幕!快看 连这些钱都敢吞掉!又不见了9000万?!

马智礼踢爆前朝黑幕!快看 连这些钱都敢吞掉!又不见了9000万?!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

“PAS setelah sekian lama melawan UMNO-BN dan hanya lawan PH sejak 2015, maka mereka pun tidak tahu bagaimana hendak tembak kerajaan baharu ini. Mereka juga gunakan isu yang memang mereka sudah biasa; isu ras dan agama. Aku lihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang membimbangkan. Sebab kalau dua parti pembangkang terbesar bekerjasama atas ‘dasar Melayu-Islam’, maka kita juga akan terperangkap dengan polemik sama. Sebab kita boleh terikut dengan rentak mereka.

Kerajaan PH bodoh kalau usik hak istimewa Melayu-Islam

VIDEO: 提呈动议,强制所有上议员申报财产。

提呈动议,强制所有上议员申报财产。

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

Di sebalik segala macam serangan terhadap kerajaan khususnya DAP berhubung dengan kedudukan hak istimewa Melayu-Islam, Syahredzan memberikan fakta bagaimana betapa susahnya kedudukan istimewa itu diceroboh. Jelasnya kedudukan Melayu dan agama Islam sukar terancam kerana bukan sahaja dilindungi Perlembagaan Persekutuan malah melibatkan Raja-raja Melayu.

VIDEO: 疑似1MDB贓物,瑞士充公50輛豪華房車!

疑似1MDB贓物,瑞士充公50輛豪華房車!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

“Kalau ada mana-mana parti yang memrintah hendak meminda walau satu noktah pun dalam peruntukan-peruntukan berkenaan kedudukan istimewa orang Melayu atau Islam ini, mereka perlu dapatkan dua pertiga sokongan Ahli Parlimen,(sokongan) ahli Dewan Negara, perlu dapatkan pula persetujuan Majlis Raja-raja.Jadi untuk pinda ini sebenarnya satu political suicide bagi parti politik yang memegang tampuk kuasa. Hanya kadi kerajaan satu penggal. Bodohlah,” jelasnya.

VIDEO: 【纳吉发飙了炮轰回林吉祥】想对付林吉祥!?

【纳吉发飙了炮轰回林吉祥】想对付林吉祥!?

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

Tambahnya, kalaulah wujud ‘kerajaan bodoh’ sedemikian sekalipun, kedudukan istimewa Melayu-Islam tetap terpelihara melalui dua jenis perlindungan. Perlembagaan kita memang ada dirangka jika da kerajaan nak buat begitumemang perlu dapatkan persetujuan Majlis Rja-raja. Di sini ada dua lapis perlindungan politik dan dari Majlis Raja-raja sendiri. Ini berbeza dengan pindaan yang tidak melibatkan Melayu dan Islam. Itu cuma perlu dua pertiga sahaja (sokongan ahli Parlimen). Tak perlu dapat persetujuan Majlis Raja-raja, “jelas Syah.

VIDEO: 总警长谢谢反贪一姐对付他们!

总警长谢谢反贪一姐对付他们!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

Beliau turut mengulangi komitmen bahawa DAP tidak berniat untuk menganggu gugat apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan berhunung kedudukan istimewa Melayu-Islam. Kegelisahan ini katanya sengaja untuk menakutkan kaum Melayu dan dapat diatasi sekiranya kerajaan menjalankan tugas dengan baik.

VIDEO: 热脸贴冷屁股!阿兹敏缺席后,安华的反应让人看傻眼了!这么好的好老板去哪里找?

热脸贴冷屁股!阿兹敏缺席后,安华的反应让人看傻眼了!这么好的好老板去哪里找?

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

“Kerajaan hanya mahu tadbir Malaysia sebaik mungkin. Keadaan ini biasa dan masih ramai menangguk di air keruh. Kita perlu tunjukkan kepada orang Melayu bahawa kedudukan Melayu tidak akan terkurang tidak terkesan dengan perubahan kerajaan, kegusaran itu akan terus lenyap dan kita perlu melangkah terus kehadapan,” katanya.

100 Hari Zairil di DUN Pulau Pinang

Oleh IZMIL AMRI

Ketika nama Zairil Khir Johari mula meletup sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; saya mencarinya di Facebook dan menghantar mesej ringkas mengucapkan tahniah atas tindakan beraninya menyertai DAP sebuah parti yang dihantui persepsi ‘parti Cina’.

Dari kedudukan setpol Guan Eng, kemudian menyertai Jawatnkuasa Kerja Pusat(CEC) dan selanjutnya menjadi ahli Parlimen Bukit Bendera seperti tidak cukup nafas kita mengikuti jejak politik anak kepada Tan Sri Khir Johari ini.

VIDEO: 最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

最新爆料【即將控告納吉更多罪名?】總檢察長湯米出面回應

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Zairil kini memikul tanggungjawab besar sebagi exco kerja raya, utiliti dan tabbatan banjir dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau sempat mengambil sedikit masa untuk menjawab beberapa soalan bersempena 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

100 hari Malaysia Baharu, apa maknanya buat saudara, terutamanya sebagai Exco P.Pinang?

Era Malaysia Baharu ini sangat bermakna buat saya. Dari segi peribadi ia menandakan pencapaian matlamat yang sudah lama diperjuangkan-iaitu untuk menegakkan demokrasi dan pembaharuan di negara ini. Dari segi kerjaya sebagai Exco di Pulau Pinang, ia bermakna bahawa Kerajaan Negeri dapat mengharapkan kerjasama dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang selama ini dinafikan

VIDEO: 别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

别再跟我说你要隐私!花姐放话,当政治人物就要申报财产!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Apa benda baharu di Pulau Pinang yang akan membezakan pentadbiran pasca 9 Mei?

Yang paling ketara adalah dari segi infrastruktur. Selama ini banyak projek infrastruktur yang dihalang atau sengaja dilambatkan oleh Kerajaan Persekutuan atas kepentingan politik semata-mata. Contohnya RTB Sg. Pinang yang telah diluluskan dalam RMK-9 lagi.Setelah hampir 20 tahun tiada pelaksanaan. Kini Kerajaan Persekutuan baharu telah pun mengumumkan bahawa tender akan dilakukan bagi projek tersebut dalam masa terdekat. Kita juga boleh mengharapkan kelulusan untuk projek LRT dan sebagainya.

VIDEO: 【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

【一马公司贪污案】要认罪都受阻!有64万份文件等着提控他!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Melayu dan Muslim dalam Malaysia Baharu berdepan banyak cabaran, apa cabaran yang paling menggugat dan bagaimana ini boleh ditangani?

Cabaran paling besar adalah naratif UMNO dan Pas yang akan cuba untuk meracun pemikiran orang Melayu-Islam. Mereka akan cuba menggambarkan seolah-olah hak Melayu dan status Islam terjejas dalam pentadbiranPakatan Harapan. Kerana ketandusan modal dan bagi menutupi segala kerakusan dan salah guna kuasa mereka selam ini, sentimen ini akan dimainkan. Adalah penting rakyat tidak terumpan dengan tohmahan tidak berasas mereka.

VIDEO: 刘特佐父亲4800万存款遭政府充公!警爆出充公幕后的真相了!

刘特佐父亲4800万存款遭政府充公!警爆出充公幕后的真相了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Bagaimana ideologi DAP berfungsi dalam merangka dasar Malaysia baharu?

Ideologi DAP dalah berdasarkan persaudaraan dan kesaksamaan sosial. Ini bermaksud membantu golongan terbawah, golongan tertindas dan memastikan kekayaan negara diagihkan secara saksama. Dasar Malaysia Baharu saya percaya akan merangkumi prinsip-prinsip yang sama. Kerana itulah GST dimansuhkan manakala bantuan sara hidup diteruskan. Sebaliknya, dasar BN selama ini hanya mementingkan golongan elit, golongan kroni dan bertujuan untuk memperkayakan diri sendiri sahaja.

VIDEO: 法庭允许政府充公刘特佐父亲银行资金

法庭允许政府充公刘特佐父亲银行资金

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Apa pendapat tentang masa depan DAP dalam gabungan Pakatan Harapan ?
Orang mendakwa DAP dalah MCA dalam Harapan, apa respon?

Bagaimana pula DAP boleh disamakan dengan MCA sedangkan DAP adalah parti berbilang kaum. MCA adalah parti orang Cina semata-mata. Didalam Pakatan Harapan, semua pihak adalah setara dan kita bergerak berlandaskan penghormatan antara satu sama lain. MCA hanya kuda tunggangan UMNO selama ini dalam BN.

VIDEO: 【SRC案】银行家再揭案情!刘特佐在说谎,形容他是骗子!

【SRC案】银行家再揭案情!刘特佐在说谎,形容他是骗子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Apa pedapat saudara tentang keterlibatan orang muda dalam membangun dan mengisi Malaysia Baharu?

Malaysia adalahnegara milik orang muda. Hampir 45 % populasi negara kita berusia kurang daripada 25 tahun. Ini bermaksud orang muda mempunyai tanggungjawab yang amat penting. Kerana itu saya menyokong penglibatan orang muda bukan sahaja dalam politik tetapi juga dalam aktivisme sosial.

Boleh kongsikan tempat makan paling sedap yang orang tidak tahu di Pulau Pinang?

VIDEO: 最新消息【纳吉给阿鲁甘达的花红简直让人不可思议】所有人都愤怒了!纳吉居然给出这样的理由!

最新消息【纳吉给阿鲁甘达的花红简直让人不可思议】所有人都愤怒了!纳吉居然给出这样的理由!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Mmm kari kepala ikan Pak Din di Tanjong Bungah.

Ada pesanan untuk para peminat di luar sana?

Pembaharuan yang berlaku pada 9 Mei 2018 bukan hasil usaha ahli politik semata-mata. Ia adalah hasil harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia yang mahukan masa depan yang lebih baik. Don’t stop believing.

VIDEO: 最新劲爆【纳吉拨4亿7000万巨款给了他们?】原来他们也有份!

最新劲爆【纳吉拨4亿7000万巨款给了他们?】原来他们也有份!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 22, 2019

Secawan teh tarik bersama Steven Sim

Oleh IZMIL AMRI

“Nak jadi menteri, tak boleh belajar di sekolah,” kata Steven Sim Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang masih belum hilang terkejut dengan semua yang berlaku sejak 9 Mei lalu. Setelah duduk bersembang panjang di Parlimen, saya keluarkan telefon dan mula merakam perbualan selanjutnya. Teringin juga mahu tahu apa perasaannya setelah dilantik sebagai menteri.

VIDEO: 纳吉一天刷爆332万购买皇室礼物!马哈迪劝他去精神病院检查!

纳吉一天刷爆332万购买皇室礼物!马哈迪劝他去精神病院检查!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Tuesday, July 16, 2019

“Tak ada format atau buku teks yang mengajar kita bagaimana untuk menjadi menteri. Memang kita kena belajar sambil bekerja, tiada sesiapa dalam DAP untuk dijadikan rujukan. Kita tidak pernah ada pemimpin yang menjadi menteri,” katanya.

Pun begitu, bukanlah janggal sangat sebenarnya memandangkan DAP sudah memimpin Pulau Pinang sejak 2008. Steven pula pernah menjadi pegawai khas exco belia dan sukan pada ketika itu. Sepuluh tahun kemudian, beliau beranjak ke peringkat pusat;jadi timbalan menteri pula.

VIDEO: 太平~拥有好多马来西亚第一的城市 Taiping【马来西亚】

太平~拥有好多马来西亚第一的城市 Taiping【马来西亚】

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

“Rupa-rupanya hebat juga kuasa jadi menteri ini,”ujarnya yang memulakan cerita bagaimana hari pertama masuk ke pejabat, beliau ada berbisik bagaimana warna pejabat itu tidak kena dengan jiwanya. Terlalu biru katanta. Dengan tidak semena-mena dua pegawai senior masuk dan bertanya kalau saya mahu ubahsuai pejabat. Perkara itu tidak terlintas di fikiran saya. Kalau ya pun, mungkin saya tukar warna dinding sahaja. Tetapi saja suka-suka untuk menguji apa sempadan perbelanjaan seperti kebiasaan sebelum ini, saya tanya beberapa peruntukan yang ada kalau saya mahu ubahsuai pejabat. Mereka sekadar senyum kambing dan hampir berbisik kepada saya bahawa tidak ada had peruntukan. Saya tergamam,” katanya ketawa besar.

VIDEO: 林冠英抵达中国!在北京说出这番话引起热烈鼓掌!

林冠英抵达中国!在北京说出这番话引起热烈鼓掌!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

Mujurlah kerajaan bertukar tangan. Sekiranya ditakdirkan UMNO terus berkuasa, entah apa bala yang menimpa rakyat Malaysia dengan budaya bermewah dan berbelanja sakan.

“Saya pasti sebenarnya bukanlah langsung tidak ada had. Tetapi apa yang saya mahu tekankan ialah, keadaan inilah yang memudahkan seseorang menjadi korup dan menyalahgunakan kuasa,” tambahnya.

VIDEO: 砸4千萬向蕭亞軒浪漫求婚失敗 大馬貪富商劉特佐易容躲台灣?

砸4千萬向蕭亞軒浪漫求婚失敗 大馬貪富商劉特佐易容躲台灣?

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

Menurutnya lagi, perlu ada lebih banyak sistem semak imbang diwujudkan dalam mekanisme kerajaan; termasuk cadangan penempatan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam kementerian sendiriyang melapor terus ke ibu pejabat Sprm sebagai mekanisme pemantau sepanjang masa bagi memastikan ketelusan dan integriti jabatan kerajaan terjamin. Kedua-dua beliau dan menteri KBS, Syed Saddiq sama sefikrah dalam hal ini. Pun begitu kata Steve, bukanlah bermakna penjawat awam itu semuanya cenderung korup dan harus dipantau.

VIDEO: 大马穆斯林集体放话警告中国,这段话差点没把中国笑死!

大马穆斯林集体放话警告中国,这段话差点没把中国笑死!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

“Apa yang saya sedari, penjawat awam di peringkat kementerian adalah sangat berkebolehan, sangat bagus, malah boleh bercakap dalam pelbagai bahasa, mereka tahu betul bidang tugas masing-masing dan maklumat tentang tugas mereka bagai berada di hujung jari. Jadi bagi saya masalah sebenarnya bukanlah soal penjawat awam itu sendiri, tetapi soal ‘governance’ pengurusan. Di sini lah, bagi saya hadirnya tanggungjawab menteri untuk memastikan wujudnya tataurus-tadbir yang baik bagi menghindar salahguna kuasa, rasuah dan berbelanja sakan. Bagi saya ini merupakan cabaran utama, berbanding upaya mewujudkan program-program dan idea baru.

VIDEO: 上星期才大方秀恩爱,苏丹五世刚刚证实已经离婚?!

上星期才大方秀恩爱,苏丹五世刚刚证实已经离婚?!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

Ketimbang obsesi orang ramai tentang program baru dan bertanya apa yang akan kerajaan baharu lakukan untuk bidang masing-masing, Steven berpendapat bahawa apa yang lebih penting ilah memastikan pengurusan bobrok pada zaman pemerintahan BN diubati terlebih dahulu.

Contohnya kalau saya berikan peruntukan satu ringgit kepada seorang ahli sukan, bagaimana kita boleh pastikan keseluruhan satu ringgit itu diterima oleh ahli sukan itu.

VIDEO: 非马来记者被赶出巫统大会!媒体自由受剥夺,这就是巫统!

非马来记者被赶出巫统大会!媒体自由受剥夺,这就是巫统!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

“Bukan seperti dulu apabila diberi peruntukan seringgit, 20 sen dapat kepada A, 20 sen lagi kepada B dan seterusnya; akhirnya atlet negara hanya dapat 10 sen daripada keseluruhan peruntukan yang sepatutnya diterima. Apabila sistem ini sudah ada, kemudian barulah kita boleh bercakap tentang program yang lebih berkesan,”tegasnya.

Sebenarnya memang lebih seronok menjadi pembangkang. Tanyalah wakil-wakil rakyat UMNO di Parlimen. Menjadi pembangkang memang aktiviti yang rancak jika dibanding dengan zaman mereka menjadi kerajaan dahulu. Malah jelas kelihatan bagaimana wakil-wakil rakyat Pakatan Harapn yang puluhan tahun terbiasa sebagai pembangkang sedikit canggung apabila duduk di blok kerajaan. Ramai yang masih belum boleh meninggalkan tabiat pembangkang yang kerjanya asyik menghentam. Namun bagi Steven; menjadi kerajaan adalah peluang untuk merealisasikan segala yang telah menjadi bahan hentaman ketika berada di blok pembangkang dahulu.

VIDEO: 林冠英踏进中国,华为立刻点头答应这件事!这次访华带来重大收获!

林冠英踏进中国,华为立刻点头答应这件事!这次访华带来重大收获!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

“Sekarang saya boleh laksanakan semua hal yang saya hentam dulu. Contohnya apabila kita bercakap tentang tender terbuka. Dahulu kita sering menyalahkan kerajaan BN tentang ketidaktelusan pengurusan dana negara dan pemberian tender. Kalau saya tidak berada dalam kerajaan saya hanya boleh hentam. Tetapi sekarang saya dan menteri boleh memberi arahan kepada kementerian untuk melaksanakan tender terbuka bagi kesemua perolehan,” katanya sambil mengunyah goreng pisang.

VIDEO: 纳吉:都怪纳兹里骂郭鹤年!509大选害国阵失去华人选票!

纳吉:都怪纳兹里骂郭鹤年!509大选害国阵失去华人选票!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

Tender terbuka adalah amalan kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak ia bertukar tangan pada tahun 2008. Penjimatan hasil daripada amalan tersebut dijenamakan sebagai dividen anti rasuah oleh mantan ketua menter Lim Guan Eng dan disalurkan kepada rakyat melalui program-program bayaran tunai untuk golongan yang memerlukan.

“Ini sebabnya kenapa kita bekerja dalam politik. Kita mahu menang dan kemenangan itu bukan untuk mendapatkan kuasa semata-mata. Tetapi lebih penting lagi untuk melaksanakan program-program yang baik,” ujarnya.

VIDEO: 总警长宣布男男短片最新进展!幕后黑手是名政治人物!他要把部长拉下马!

总警长宣布男男短片最新进展!幕后黑手是名政治人物!他要把部长拉下马!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Monday, July 15, 2019

 

Mordi Bimol ada rancangan besar untuk Mas Gading

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

Terletak sekitar sempadan Kalimantan Barat Indonesia kawasan majoriti Dayak di Parlimen Gas Gading dilanda gempa politik pada 9 Mei lalu. Ia menyaksikan gergasi politik Barisan Nasional (BN) Datuk Anthony Nogeh Gumbek tewas di tangan anak muda berusia 33 tahun Mordi Bimol mewakili DAP.

VIDEO: 神奇的马

神奇的马

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Sudah tentu kejutan dengan majoriti selesa 3,024 menewaskan BN di kubu tradisi mereka memberi keyakinan baru bahawa masyarakat luar bandar berjaya meloloskan diri dari cengkaman hagemoni ketakutan yang sering dimomokkan parti pemerintah dahulu.

Kini Mas Gading yang terkenal dengan pertanian dan pelancongan berkeluasan kira-kira 884.4 kilometer persegi itu memiliki kemudi baru pemimpin muda berwawasan.Ketika ditemui pada Majlis Angkat Sumpah Anggota Dewan Rakyat, Mordi segak bergaya berpakaina lounge suit bertali leher merah dengan ‘burang sumba’ di kepala diperbuat dari kulit kayu kebanggan masyarakat Bidayuh.”Saya ada rancangan untuk Mas Gading”.

VIDEO: 总警长确认男男短片是真的!安华确认他今天有照过镜子!

总警长确认男男短片是真的!安华确认他今天有照过镜子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Rancangan itu katanya bukan sekadar menaik taraf infrastruktur asas yang masih ketinggalan tetapi juga tertumpu kepada pembangunan sosial termasuk pendidikan politik kepada golongan belia, tegasnya.Ada keyakinan pada nada wakil rakyat muda ini. Sepanjang penglibatan Mordi bersama DAP, beliau berpengalaman luas kerana banyak melibatkan diri secara aktif sebagai sukarelawan dan penggerak program-program Impian Malaysia.

VIDEO: 公正党决裂了!27领袖发声明维护阿兹敏,公开指责安华!

公正党决裂了!27领袖发声明维护阿兹敏,公开指责安华!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

Melangkah masuk ke Mas Gading sememangnya bakal memberikan kelainan dengan pelbagai tarikan pelancongan antaranya ialah Tasik Biru, Gua Angin, Gua Pari-pari dan banyak lagi. Bagi pelancong domestik mahupun dari Semenanjung pasar Pekan Serikin yang terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan itu sememangnya jadi tumpuan di setiap hujung minggu dan tersohor dengan aneka jenis makanan tempatan seperti kerepek sukun dan kuih tradisi selain barangan kraf. Kelebihan itu kata Mordi harus dimakmurkan lagi supaya limpahan ekonomi itu memberi manfaat kepada golongan muda dengan peluang pekerjaan yang selayaknya.

VIDEO: 拜访纳吉家,开门惊见刘特佐!陪奥巴马打球花掉51万!

拜访纳吉家,开门惊见刘特佐!陪奥巴马打球花掉51万!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

“Jadi saya sedang merancang sesuatu untuk megadakan llebih banyak peluang kerja kepada rakyat di sini. Saya akan teruskan program pembangunan pelancongan dan itu merupakan antara tarikan utama di Mas Gading sekaligus dapat menyediakan peluang pekerjaan,”tegasnya.

Jangan anak tirikan Sarawak seperti zaman BN

Anak muda ini tidak hanya memberi tumpuan kepada soal infrastruktur dan ekonomi sahaja tetapi juga mahu agar kerajaan baharu Pakatan Harapan membahagikan peruntukan mencukupi dan seimbang kepada Sarawak. Katanya, meskipun pembangunan dilaksanakan di Sarawak, ia masih tidak berbaloi dengan penantian lebih 50 tahun sejak regim BN khususnya melibatkan infrastruktur asas, pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial masyarakt luar bandar.

VIDEO: 马哈迪与女机器人索菲亚对话!被人工智能打败了?!

马哈迪与女机器人索菲亚对话!被人工智能打败了?!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Wednesday, July 17, 2019

Selain itu, Mordi dilihat amat menitik beratkan soal pendidikan khususnya bagi kawasan pedalamn melibatkan penambahbaikan sistem dan pendidikan di wilayah Borneo itu yang masih jauh ketinggalan. Katanya, tinjauan ke dua sekolah di kawasannya sahaja iaitu Di Sekolah Menengah Lake dan Sekolah Menengah Senibong mendapati terlalu mendapati terlalu banyak kelemahan malah tambah menyedihkan perpustakaan sekolah didapati hanya memiliki koleksi buku’zaman purba’.

VIDEO: 反对党动议对付财长不果,集体离席!林冠英:不要以为我好欺负!

反对党动议对付财长不果,集体离席!林冠英:不要以为我好欺负!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Wednesday, July 17, 2019

“SMK Lake contohnya yang terletak dalam kawasan Mas Gading bangunan pentadbiran bangunan pentadbiran dua tingkat yang menempatkan bilik guru yang dibina daripada kayu pada tahun 1967 kini teruk diserang anai-anai tetapi masih terpaksa digunakan dengan dindingnya yang berlubang-lubang tetapi masih terpaksa digunakan, dan lantainya yang mereput, sehingga kini masih menunggu peruntukan.

“SMK Senibung sekolah berasrama yang baru dua tahun beroperasi juga terletak di dalam Mas Gading cantik luaran tapi tak ada bekalan air. Daripada beratus orang yang tinggal di asrama akhirnya tinggal 11 orang kerana masalah air yang berpanjangan ,” ujarnya.

VIDEO: 安华政治秘书证实被逮捕!涉男男短片!

安华政治秘书证实被逮捕!涉男男短片!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Wednesday, July 17, 2019

Mordi memberitahu segala masalh berhubung keuzuran bangunan sekolah dan infrastruktur asas telah disuarakan di Parlimen kepada Menteri Pendidikan di Parlimen lebih-lebih lagi melibatkan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih.

“Saya juga minta penjelasan beliau sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk membina sekolah kebangsaan ataupun sekolah menegah kebangsaan yang baru di dalam kawasan Parlimen Mas Gading,”kata Mordi.

Statistik sekolah usang tinggi di Sarawak

VIDEO: 纳吉高兴,敦马也高兴!两人历史上首次达成共识!

纳吉高兴,敦马也高兴!两人历史上首次达成共识!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Wednesday, July 17, 2019

Apa yang lebih mengejutkan kedua-dua sekolah itu hanyalah sebahagian kecil dari masalh yang telah dihadapi lama di seluruh Sarawak.Dedahnya terdapat 371 buah sekolah di Sarawak masih tidak memiliki bekalan elektrik dan bergantung sepenuhnya dengan set penjana tenaga dan 428 sekolah masih tidak mempunyai bekalan air terawat.

“721 buah sekolah masih tidak ada jalan masuk, jumlah ini adalah lebih kurang separuh daripada jumlah sekolah yang ada di Sarawak. 200 buah daripadanya hanya boleh dimasuki jalan air atau sungai,” dedah beliau.

VIDEO: 纳吉高兴,敦马也高兴!两人历史上首次达成共识!

纳吉高兴,敦马也高兴!两人历史上首次达成共识!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Wednesday, July 17, 2019

1,020 daripada 1,454 buah sekolah di Sarawak pula katanya berada dalam keadaan usang. Daripada jumlah itu, 415 buah sekolah lagi berada dalam keadaan sangat usang iaitu tidak dapat diperbaiki lagi dan memerlukan bangunan baru.

“Kalau di bandar ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah pada hari pertama persekolahan mungkin lebih risaukan baju baru, beg baru kasut baru anak-anak mereka. Tetapi di kawasan saya, di kawasan luar bandar ibu bapa yang menghantar anak ke asrama terpaksa membawa tukul dan paku untuk membaiki katil-katil dan almari-almari anak mereka di asrama. Tinggi harapan saya sebagai anak Mas Gading untuk melihat anak-anak serta masyarakat di luar bandar dapat menikmati kemudahan pendidikan yang sama seperti anak-anak di bandar. Sebab kesamarataan tidak wujud buat mereka,’katanya lagi.

VIDEO: 纳吉一天刷爆332万购买皇室礼物!马哈迪劝他去精神病院检查!

纳吉一天刷爆332万购买皇室礼物!马哈迪劝他去精神病院检查!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Tuesday, July 16, 2019

Noorita Sual: Peguam wanita Murut pimpin rakyat Tenom

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

Tenom tidak pernah menhampakan siapa sahaja yang menjejak kaki ke sini. Terletak di daerah tengah pedalaman Sabah kira-kira 176 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan kecil Tenom merupakan nadi kepada ekonmi berasaskan pertanian dan pelancongan kepada sekitar lebih 51,000 penduduk.

VIDEO: 新加坡归还1.6亿一马资金!刘特佐父亲4800万被充公!

新加坡归还1.6亿一马资金!刘特佐父亲4800万被充公!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Saturday, July 20, 2019

Selain popular sebagai pusat eko-pelancongan dan kebudayaan suku kaum Murut, Tenom juga dikenali sebagai daerah pengeluaran kopi bermutu di Sabah. Semerbak aroma kopi panggang yang menyinggah dibawa hawa pagi pasti mengusik-lebih-lebih lagi kalau anda seorang peminat tegar!

Dari daerah tenang itu jugalah lahirnya seorang peguam wanita Murut Tahol dari Kemabong pertama di negara ini bernama Noorita Sual-38 tahun-selain memiliki firma guamannya sendiri beliau aktif bersama DAP sebagai wadah dan suara bagi masyarakat.

VIDEO: 刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Menurutnya, walaupun kerjaya sebagai seorang peguam sudah memadai, namun dorongan keluarga dan masyarakat agar menjadi pemimpin dengan melibatkan diri dalam politik harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

“Menjadi pemimpin masyarakat bukan sahaja bermaksud bertanggungjawab kepada Tuhan namun juga kepada seluruh anggota masyarakat yang kita pimpin. Saya boleh berbangga kerana dilahirkan dalam keluarga yang luar biasa, saya mempunyai ibu bapa yang sangat mementingkan pelajaran anak-anak walaupun bukan senang bagi seorang bapa yang hanya bekerja sebagai pemandu di Jabatan Pertanian untuk menyekolahkan kesemua anak-anaknya sehingga berjaya, “kata Noorita.

VIDEO: 證人:6筆近5千萬巨款 匯入納吉戶頭

證人:6筆近5千萬巨款 匯入納吉戶頭

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Perjalanan politik Noorita bukan baru bermula, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semangat dan sikap tanggungjawab Noorita telah mendorong beliau untuk dicalonkan mewakili DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.Meskipun kemenangannya pada PRU13 tertangguh, Noorita terus menabur jasa khususnya buat mereka yang telah lama dipinggirkan kerajaan UMNO-BN Sabah.

VIDEO: 安华被逼宫了!拜相获支持的宣誓书“是假的”!

安华被逼宫了!拜相获支持的宣誓书“是假的”!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Robohnya kubu tradisi BN

Tsunami rakyat pada 9 Mei lalu telah menobatkan Noorita sebagai juara mewakili rakyat Parlimen Tenom menewaskan Barisan Nasional (BN) dan Parti Harapan Sabah dengan kelebihan 1,133 undi. Kejayaan ini dilihat sebagai kejaaan DAP menerobos kubu tradisi BN apabila semakin diterima masyarakat bumiputera Sabah sekaligus membuktikan segala dakyah jahat sentimen perkauman yang sering dimomokkan tidak berjaya menakut-nakutkan pengundi.

Ujarnya, walaupun beliau tidak menyangka menang memandangkan lawannya BN merupakan orang lama di situ, petanda-petanda rakyat mahupun perubahan sudah dapat dilihat sejak awal.

VIDEO: 邦莫达妻子出国,被网友抓包她的炫富生活!五个女佣看管五个儿子!

邦莫达妻子出国,被网友抓包她的炫富生活!五个女佣看管五个儿子!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

“Rasa terkejut juga sebab lawan saya vateran emapat penggal. Jadi bila berlaku perubahan kita lihat sememangnya itu yang rakyat mahu. Saya tidak sangka menang tapi tanda-tanda itu kita sudah boleh lihat dari awal,”kata Noorita.

Tetapi nama Noorita bukan asing bagi masyarakat di sini. Usaha berterusan beliau mendekati dan menyelesaikan masalh rakyat juga merupakan penyumbang kejayaan DAP apabila berjaya mengakhiri kegelapan panjang penduduk kampung Rayoh melalui projek bekalan elektrik tenaga solar dengan kerjasama Impian Malaysia. Ditanya tentang visinya untuk rakayat di Tenom, Noorita komited untuk memberi lebih tumpuan kepada pembangunan infrastruktur seperti jalan raya ,sekolah dan usaha untuk menaik taraf kemudahan kesihatan seperti hospital.

VIDEO: 【納吉你還要講風涼話?】一兆國債要還多久? 每天還100萬,要還2739年 大馬被你這傢伙刮空空~~

【納吉你還要講風涼話?】一兆國債要還多久? 每天還100萬,要還2739年 大馬被你這傢伙刮空空~~

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Jelasnya, meskipun kerajaan sedang berhadapan dengan kekangan kewangan ekoran hutang yang ditinggalkan BN, beliau akan berusaha untuk membuktikan bahawa kerajaan HARAPAN prihatin terhadap masalah yang dihadapi masyarakat di pedalaman.Noorita pada masa yang sama akan menyuarakan isu berkenaan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau yang bakal ditukar fungsi kepada pusat latihan vokasional dan oliteknik setelah Kementerian Pendidikan membuat keputusan pada Julai 2017.

Menuai limpahan ekonomi Tenom

VIDEO: 最新消息!總檢察長阿班迪這次逃不過……完了!

最新消息!總檢察長阿班迪這次逃不過……完了!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

Bidang ekonomi tidak dilupakan. Peluang ekonomi yang terhampar luas di bumi Tenom bagaimanapun tidak menjadi padang tuai buat golongan muda daerah ini yang semakin ramai meninggalkan kampung-kampung halaman mencari penghidupan di kota-kota besar seperti Kota Kinabalu. Bagi Noorita fenomena ini berlaku bukan kerana anak-anak tempatan malas tetapi kerana kurangnya peluang pekerjaan dan kurangnya dorongan peluang-peluang ekonomi daripada kerajaan.

Fenomena penghijrahan ini bukan sahaja melanda daerah Tenom malah turut melanda sebahagian besar daerah-daerah pedalaman di Sabah.

VIDEO: 【大爆料】劉特佐要爆2人名字 !! 納吉心慌慌

【大爆料】劉特佐要爆2人名字 !! 納吉心慌慌

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

“Kita melihat wujud kekurangan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan (BN sebelum ini) untuk anak-anak muda mengusahakan tanah-tanah kosong yang ada, lebih dasyat lagi, tanah adat yang sepatutnya menjadi hak nenek moyang mereka dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau.

Jelasnya industri berkenaan perlulah dirancakkan termasuk memajukan sektor agro pelancongan yang dijangka bakal menarik lebih ramai pelabur sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

VIDEO: 蒙古女郎案【重要證人突然現身】納吉這次有難?緊張了

蒙古女郎案【重要證人突然現身】納吉這次有難?緊張了

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

“Saya akan berusaha untuk membantu para petani di Tenom untuk mencari ruang dan peluang bagi meningkatkan hasil-hasil pertanian berdasarkan teknolgi pertanian dan meluaskan pasaran hasil-hasil pertanian.Apa yang boleh dimajukan kita akan usahakan,”katanya lagi.

纳吉是病态或惯性骗子吗?

民主行动党依斯干达公主城国会议员林吉祥于2019年5月21日(星期二)在吉隆坡发布的媒体文告:纳吉是病态或惯性骗子吗?他是否愿意辩论“马来西亚如何成为全球盗贼统治国家以及我们如何成为一个以诚信领先的国家”?

VIDEO: 刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

前首相拿督斯里纳吉是病态或惯性骗子吗?即使他今天在《今日自由马来西亚》的访问也不能不说谎。他说,每次我发表文告时,他都回答我,这是一个彻头彻尾的谎言。例如,他是否回应了我在5月8日于山打根发布的文告,即他的“害羞什么啦我的老板”运动前往协助沙巴团结党的山打根补选活动,是解释为什么他继续否认一马公司丑闻存在的适当时机。

VIDEO: 證人:6筆近5千萬巨款 匯入納吉戶頭

證人:6筆近5千萬巨款 匯入納吉戶頭

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

在过去的4年中,世界新闻界已经制作了大量关于一马公司丑闻的报道和广播;也有人撰写了书籍和制作了相关的电影,并且至少有10个国家展开了针对一马公司丑闻的调查。或者纳吉有没有回复隔天我在山打根发布的文告?当时他无耻地展开“害羞什么啦我的老板”运动,访问山打根以为了沙巴团结党在山打根补选助选。

VIDEO: 【納吉你還要講風涼話?】一兆國債要還多久? 每天還100萬,要還2739年 大馬被你這傢伙刮空空~~

【納吉你還要講風涼話?】一兆國債要還多久? 每天還100萬,要還2739年 大馬被你這傢伙刮空空~~

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

我认为他应该澄清在他担任首相期间发生的可怕并令人发指的一马公司丑闻和其他大型腐败丑闻,特别是前两天刚刚发生的三件事:首相敦马哈迪医生在509周年纪念演讲提及,纳吉在一马公司丑闻进行调查期间仍然表现得无辜,是奇怪的。尽管美国和新加坡当局交回了大约15亿令吉被一马公司盗用的资金,以及大约10个国家对一马公司丑闻展开刑事和洗钱调查。

VIDEO: 拜访纳吉家,开门惊见刘特佐!陪奥巴马打球花掉51万!

拜访纳吉家,开门惊见刘特佐!陪奥巴马打球花掉51万!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

反贪会审查小组前成员拿督林志伟揭露,纳吉在担任首相期间没有因腐败问题接受调查,因为他革除了丹斯里阿都干尼的总检察长职位,并让丹斯里阿班迪取代阿都干尼。阿班迪的唯一议程是保护纳吉免受任何腐败调查;迪巴(Deepak Jaikishan)在接受半岛电视台(Al Jazeera)采访时披露,纳吉的妻子拿汀斯里罗斯玛是国阵仍然掌权时的“实权首相”。

VIDEO: 【大爆料】劉特佐要爆2人名字 !! 納吉心慌慌

【大爆料】劉特佐要爆2人名字 !! 納吉心慌慌

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Thursday, July 18, 2019

纳吉指责我对他着迷。他大错特错。若不是他凭着盗贼统治遗产,以一人之力却对马来西亚的当今和未来时代带来最大的破坏而声名狼藉,我不会对他有一丝一毫的兴趣。事实上,他甚至为他的父亲敦拉萨的名声和遗产造成羞辱。在这样的情况下,我们应不应该和一个窃国盗贼、一个病态或惯性骗子辩论?或许,最好的辩论题目是“马来西亚如何成为全球盗贼统治国家,以及我们如何成为一个以诚信领先的国家”。球在纳吉脚下。

VIDEO: 一马基金会开来做什么的?第38名证人爆料为纳吉洗冤!云顶集团是最大资助者!

一马基金会开来做什么的?第38名证人爆料为纳吉洗冤!云顶集团是最大资助者!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Tuesday, July 16, 2019

三大亮点显示新马来西亚正逐渐形成

民主行动党依斯干达公主城国会议员林吉祥于2019年7月19日(星期五)在振林山发布的媒体文告:18岁的人民投票和参选,警察成为人民的朋友并致力于将马来西亚变成一个廉正国家,是走向新马来西亚的迹象。2018年5月9日第14届全国大选,为了把马来西亚从一个失败、流氓和盗贼统治国家中拯救出来而产生的历史性决定之后的14个月,新马来西亚正在形成。

VIDEO: 敦马公开批评巫统!

敦马公开批评巫统!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

最近的三项事件显示,我们正朝着那个方向前进:18岁的马来西亚人民可以投票和参选;随着成立警察投诉和不端行为独立委员会,警察将被视为人民的朋友而不是欺凌者或压迫者;马来西亚正在从一个盗贼统治国家转变为一个以诚信为主的国家。自从我在1971年首次在国会提出将投票年龄从21岁降至18岁的48年以来,

VIDEO: 马智礼踢爆前朝黑幕!快看 连这些钱都敢吞掉!又不见了9000万?!

马智礼踢爆前朝黑幕!快看 连这些钱都敢吞掉!又不见了9000万?!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

马来西亚在落实这个提议方面,落后于美国、菲律宾、法国、新西兰、丹麦、印度、香港、约旦、巴基斯坦、摩洛哥、沙特阿拉伯和日本等国家的根本原因,是前朝政府害怕年轻人,他们认为年轻人是反建制和反政府的。昨天,长达12天的2019年7月国会会,随着提呈期待已久的警察投诉和不端行为独立委员会(IPCMC)法案而落幕了。IPCMC法案引人注目有三个原因:

VIDEO: 提呈动议,强制所有上议员申报财产。

提呈动议,强制所有上议员申报财产。

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

首先,我们必须赞扬警方。在警队皇家调查委员会于2005年首次提出成立IPCMC作为监管机构的要求后,警队终于接纳了这个建议。支持盗贼统治与神权政治结合的支持者,将影射这是民主行动党主导希望联盟政府的结果。他们诬蔑民主行动党为属于“华人、基督教徒和共产党人”的政党,虽然我们是为所有马来西亚人民服务的政党。

VIDEO: 疑似1MDB贓物,瑞士充公50輛豪華房車!

疑似1MDB贓物,瑞士充公50輛豪華房車!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

看看首相敦阿都拉于2004年成立警队皇家调查委员会的成员——主席是前首席大法官敦莫哈末再丁,副主席是前总警长敦韩聂夫,而其他委员包括两名前首席大法官敦沙列阿巴斯和敦查基、国油前主席丹斯里阿兹占再那阿比丁、前高庭法官拿汀巴杜卡查丽哈、前新闻从业员拿督卡迪耶欣和大马律师公会前主席古都布。这些杰出的名人,都在2005年时被属于“华人、基督教徒和共产党人”的民主行动党影响了吗?

VIDEO: 总警长谢谢反贪一姐对付他们!

总警长谢谢反贪一姐对付他们!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

其次,担忧所提呈的IPCMC法案将淡化再丁皇家委员会所建议的IPCMC法案,并没有发生,因为IPCMC法案几乎完整地保留了警察皇家委员会让IPCMC作为有效监督警队的机构的建议,以确保警察是守法的马来西亚普罗大众的朋友而不是他们的欺凌者或压迫者。IPCMC法案的第三个特点是在IPCMC法案提交给国会进行二读和三读之前,会有三个月的时间供公众反馈和咨询。我希望今后所有法案都能事先公开,以便在国会辩论和决定之前获得反馈和咨询。

VIDEO: 为何巫统一代比一代要笨?敦马爆出惊人内幕!精英绝对禁止加入巫统!

为何巫统一代比一代要笨?敦马爆出惊人内幕!精英绝对禁止加入巫统!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Sunday, July 21, 2019

第三个值得纪念的事件,是昨天内阁反腐败特别委员会的会议结果,使首相敦马哈迪医生宣布,政府正在采取措施以确保主要公务员的任命,如选举委员会,司法任命委员会和人权委员会(Suhakam)的主席和成员,以及马来西亚反贪污委员会(MACC)的主席,将被提交至国会遴选委员会。马哈迪还宣布将制定“信息自由法令”,以取代1972年的“官方机密法令”。

VIDEO: 新加坡归还1.6亿一马资金!刘特佐父亲4800万被充公!

新加坡归还1.6亿一马资金!刘特佐父亲4800万被充公!

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Saturday, July 20, 2019

马哈迪在会后进一步表示,国家反贪腐大蓝图(NACP)中提出的115项倡议中,有15%或17项倡议已经实施 – 政治治理领域有9项、公共领域管理有2项、法律和司法领域有3项、执法有1项以及公司治理有2项。在NACP优先考虑的22项倡议中,32%或7项倡议已经解决,其中3项涉及治理领域、1项涉及行政管理、2项涉及公共采购和1项涉及公司治理。

VIDEO: 刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

刷刷刷!納吉住豪華酒店購名牌 一天就刷了330萬

Posted by 希望联盟 Pakatan Harapan 4all on Friday, July 19, 2019

国家施政、廉正及反贪中心(GIACC)应向国会提交关于NACP进展情况的年度报告。该报告应由负责反腐败事务的国会委员会进行审查。马来西亚从全球盗贼统治国家转变为一个以诚信领先世界的国家,应该被视为第十四届国会的其中一个挑战。它必须打破第十三届国会协助和教唆马来西亚成为全球盗贼统治国家的可耻记录。